Sunday, 4 December 2011

Beza Mengumpat Dan Mengutuk

Mengumpat dan mengutuk. Sekilas dengar seakan membawa maksud yang sama. Dua kilas dengar macam tak sama.:). Tetapi jika dipikirkan betul-betul ianya membawa kepada maksud dan perkaitan yang berbeza.
Entri kali ini aku hendak katakan sedikit beza dan perkaitan mengutuk dan mengumpat ni. Takrifan dan pengertian adalah berdasarkan pandangan aku sahaja tanpa merujuk kepada mana-mana kamus takrifan. Oleh itu tidak digalakkan untuk diguna dalam karangan bahasa melayu.ha².

Ok serius sikit. Apa yang aku rasa berbeza antara mengumpat dan mengutuk ini.?

1.      Perasaan, Bahasa

i) Mengutuk - Benci, bahasa kasar
Mengutuk biasanya melibatkan perasaan benci dan tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh seseorang. Dan juga bahasa biasanya adalah kasar. Contohnya " Bodoh la fikri tu, budak bawah umur pun hendak buat jadi kekasih". Mengutuk juga intonasinya adalah straight, tiada turun naik.
1.      ii) Mengumpat- Meluat, intonasi turun naik
Mengumpat pula biasanya melibatkan perasaan meluat dengan apa yang berlaku atau didengari. Contoh " Ei, bodohnya fikri, budak bawah umur pun dia nak jadikan kekasih, kalau aku la, jangan harap la". Intonasi pula naik turun bergantung kepada keadaan dan bagaimana situasi mengumpat itu.


i) Mengutuk - Lelaki
Mengutuk memang lebih mudah dikaitkan dengan lelaki. Sebab salah satu sifat lelaki straight to the point je. Ada juga dikalangan perempuan tidak seganas lelaki kalau bab mengutuk larh..
2.      2. Jantina


ii) Mengumpat - Perempuan
Mengumpat memang sinonim dengan perempuan, boleh dikatakan ini antara 'aktiviti' mereka apabila bertemu. Sukar untuk mereka mengelak daripada ini kerana salah satu sifat bagi perempuan adalah mereka suka bercerita. Dan dalam bercerita apabila melibatkan orang lain akan menjurus kepada tokok tambah yang boleh kita gelarkan sebagai mengumpat.salah satunya mcm ak larh...haha.
3.Contoh Dialog: 

i) Mengutuk 
"Teruk la fikri tu bawa Minah tu merata-rata. Kalau jadi pape susahkan orang tua je. Dan la budak bawah umur. Bengong sungguh tak pikir masa depan"

1.      ii) Mengumpat
" Eh, ko tau tak, fikri tu memang tiap² hari bawa Minah merata². Dulu aku pernah dengar dia pergi hotel, pastu ada kawan aku cakap dia pernah kena tangkap khalwat, Minah tu pula orang kata dia tu minah rempit, dan bertukar jantan 5-6 kali, mak bapak dia pun kalau tak silap aku bercerai sebab ada skandal dulu. Masa minah lari dari rumah dulu pun mak bapak dia tak kisah pun, pastu dah la lari dari rumah tidur rumah member lelaki lak. Entah-entah dan mengandung dulu. Aku tak tahu sangat la, aku dengar cerita orang".


------------------------------------------------------------------

Kesimpulan kecil.:)

Mengutuk : Straight, berdepan/belakang, bahasa kasar, lelaki
Mengumpat: Bengkang bengkok, berintonasi, tokok tambah, belakang, perempuan


P/S: Tak pasti pula kalau dalam blog boleh diklasifikasikan sebagai mengumpat atau tidak.:)
2.        






No comments:

COPYRIGHT@SEGALA YANG TERCATAT DIATAS SEMUANYA HAK MILIK Ayatul DOLLIXIOUS